Movie I like

|

baru-baru ni, aku ada jumpa sebuah movie Thailand yang best giler. movie ni bukan movie baru tapi aku baru je jumpa movie ni dekat youtube. aku tengok hero dan heroin movie ni cantik dan hensem. jadi, aku pun download la movie ni guna torrent.

movie ni bertajuk Friendship. Friendship yang juga dikenali sebagai Friendship You and Me ialah sebuah filem romantik remaja thailand yang diterbitkan pada tahun 2008. cuba tengok gambar di sebelah ni. cun tak gambar heroin dan hero movie ni? memang secocok. hero tu bernama Mario Maurer dan heroinnya pula bernama Apinya Sakuljaroensuk (huh.. mcm nak terbelit lidah nak sebut).

Movie ini berkisahkan tentang cinta antara Singha dan Mituna yang berlangsung pada tahun 1983. movie ini bermula dengan berlatar masa sekarang dan diteruskan dengan imbas kembali sewaktu Singha dan Mituna mula-mula bertemu.

mula-mula Singha ni suka cari pasal dengan Mituna. lama-lama jatuh cinta. kalau nak tahu sambungan nya, tengok la sendiri. best cerita ni. tapi ending tak best sangat. sebab sad ending. tapi, bergantung kepada penonton yang tengok movie ni. mungkin ada yang kata best. apa-apa pun, aku ucapkan selamat menonton

Changing for the future

|
tak sangka masa berlalu terlalu pantas.. umur aku akan mencecah 22 tahun dalam tahun ni. tapi gaya tak matang langsung.. nanti aku terangkan kenapa aku kata aku tak matang. aku perlu berubah untuk masa depan. tapi aku rasa, aku tak perlu tukar secara drastik. cuma berubah secara perlahan-lahan..

Perubahan pertama:

berubah dari segi pakaian. aku ni jenis orang yang suka pakai baju-baju stylo. tak kisah la jenis apa. rock boleh, gothic pun boleh.. yang penting stylo. baju-T memang tak pernah bawa keluar rumah. semua baju mesti ada zip. baju yang berzip, mengalahkan seluar. ala, nak tunjuk stylo la kan. seluar pula jenis banyak poket. pakai jeans pun bukan sebarang jeans. aku tak kisah jenama, yang penting seluar tu cantik.

pasal duit tak payah cerita, memang banyak habis. tapi masalah aku di sini bukan pasal duit, tapi baju stylo-stylo ni sesuai untuk remaja belasan tahun yang sedang cari peribadi. artis memang tak payah cerita, dah kerja dorang tu nak pikat hati peminat. aku bukan lagi seorang remaja, dan tak pernah terlintas pun di fikiran nak jadi artis

umur 21 tahun menunjukkan seseorang itu telah pun dewasa. jadi aku harus berpenampilan seperti dewasa. jadi, baju-baju stylo ni terpaksa la simpan dalam kotak. aku tengah cari pakaian yang simple dan kasual sebab tak lama lagi aku akan kerja dengan kerajaan. hujung tahun ni da tamat belajar. jadi pakaian tu harus sesuai dengan penampilan seorang penjawat awam.

tapi aku tahu, nak tukar penampilan perlu duit yang banyak. yelah, da baju semua stylo.. nak tukar, terpaksa la tukar semua. jadi, saya tak akan berubah secara mendadak. sekarang ni pun da beli beberapa pasang baju kasual. dalam kiraan aku, kalau aku berubah dari sekarang, penampilan aku akan berubah keseluruhannya hujung tahun ini.

Perubahan kedua:

aku nak mengubah sikap dan tanggapan ku terhadap kawan
aku ni banyak kawan. sangat ramai tapi aku tak suka berkawan rapat. maksud aku, aku tak suka ada kawan baik. aku ada sejarah waktu umur belasan tahun. tapi kisah ini aku akan tulis dalam post yang akan datang. dipendekkan cerita, sejak kejadian itu, aku trauma untuk berkawan baik dengan sesorang. takut disakiti lagi.

tapi, sampai bila aku nak fikir macam ni? aku ada ramai kawan yang baik di sekeliling aku. namun, aku sentiasa elakkan diri dari terlalu rapat dengan mereka. banyak yang aku lakukan untuk sakitkan hati mereka sebab aku tak suka dengan mereka. tapi, takkan la kejadian yang da lalu tu menghantui aku sampai bila-bila. jadi, aku berhasrat untuk berkawan rapat dengan mereka. cara nak rapat tu pun aku masih tak fikir lagi. kalau ada idea, nanti aku post kemudian hari. tapi yang penting sekarang, sekiranya ada kawan yang datang dan ikhlas nak berkawan dengan aku, aku akan terima dia dengan hati yang terbuka. tak ada lagi prasangka buruk.



banyak lagi perubahan yang aku nak lakukan. tapi aku rasa post kali ni aku hentikan kat sini.. nanti aku akan update blog ni. Bersambung..

Glee

|

aku suka tengok cerita Glee. da habis download Glee Season 1. ada 22 episod. best betul. aku memang minat kalau cerita yang ada menyanyi dan menari ni. tambahan pula, Glee ni memang lucu giler... tak rugi download. kalau ada request, aku akan post link download guna torrent untuk Glee Season 1.

I'm new..

|
Ni la first time aku buat blog. bukan apa, nak buang masa. dari lepak & buat benda tak berfaedah, lebih baik aku start buat blog ni. lagipun banyak cerita nak kongsi. nak letak dalam facebook, myspace, atau friendster pula tak sesuai.

so, aku pilih nama My E-Diary ni sebab nak jadikan ni diari aku tanpa membazir kertas atau duit nak beli diari. dapat juga membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

aku tak pandai sangat cakap dalam Bahasa Inggeris tapi suka tulis dalam bahasa tu. tak tahu kenapa. mungkin sebab pengaruh Singapore True Ghost Stories yang memang menjadi kegemaran sejak kecil lagi. so, jangan la hairan kalau lepas ni, aku banyak post dalam bahasa rojak English. haha...