Changing for the future

|
tak sangka masa berlalu terlalu pantas.. umur aku akan mencecah 22 tahun dalam tahun ni. tapi gaya tak matang langsung.. nanti aku terangkan kenapa aku kata aku tak matang. aku perlu berubah untuk masa depan. tapi aku rasa, aku tak perlu tukar secara drastik. cuma berubah secara perlahan-lahan..

Perubahan pertama:

berubah dari segi pakaian. aku ni jenis orang yang suka pakai baju-baju stylo. tak kisah la jenis apa. rock boleh, gothic pun boleh.. yang penting stylo. baju-T memang tak pernah bawa keluar rumah. semua baju mesti ada zip. baju yang berzip, mengalahkan seluar. ala, nak tunjuk stylo la kan. seluar pula jenis banyak poket. pakai jeans pun bukan sebarang jeans. aku tak kisah jenama, yang penting seluar tu cantik.

pasal duit tak payah cerita, memang banyak habis. tapi masalah aku di sini bukan pasal duit, tapi baju stylo-stylo ni sesuai untuk remaja belasan tahun yang sedang cari peribadi. artis memang tak payah cerita, dah kerja dorang tu nak pikat hati peminat. aku bukan lagi seorang remaja, dan tak pernah terlintas pun di fikiran nak jadi artis

umur 21 tahun menunjukkan seseorang itu telah pun dewasa. jadi aku harus berpenampilan seperti dewasa. jadi, baju-baju stylo ni terpaksa la simpan dalam kotak. aku tengah cari pakaian yang simple dan kasual sebab tak lama lagi aku akan kerja dengan kerajaan. hujung tahun ni da tamat belajar. jadi pakaian tu harus sesuai dengan penampilan seorang penjawat awam.

tapi aku tahu, nak tukar penampilan perlu duit yang banyak. yelah, da baju semua stylo.. nak tukar, terpaksa la tukar semua. jadi, saya tak akan berubah secara mendadak. sekarang ni pun da beli beberapa pasang baju kasual. dalam kiraan aku, kalau aku berubah dari sekarang, penampilan aku akan berubah keseluruhannya hujung tahun ini.

Perubahan kedua:

aku nak mengubah sikap dan tanggapan ku terhadap kawan
aku ni banyak kawan. sangat ramai tapi aku tak suka berkawan rapat. maksud aku, aku tak suka ada kawan baik. aku ada sejarah waktu umur belasan tahun. tapi kisah ini aku akan tulis dalam post yang akan datang. dipendekkan cerita, sejak kejadian itu, aku trauma untuk berkawan baik dengan sesorang. takut disakiti lagi.

tapi, sampai bila aku nak fikir macam ni? aku ada ramai kawan yang baik di sekeliling aku. namun, aku sentiasa elakkan diri dari terlalu rapat dengan mereka. banyak yang aku lakukan untuk sakitkan hati mereka sebab aku tak suka dengan mereka. tapi, takkan la kejadian yang da lalu tu menghantui aku sampai bila-bila. jadi, aku berhasrat untuk berkawan rapat dengan mereka. cara nak rapat tu pun aku masih tak fikir lagi. kalau ada idea, nanti aku post kemudian hari. tapi yang penting sekarang, sekiranya ada kawan yang datang dan ikhlas nak berkawan dengan aku, aku akan terima dia dengan hati yang terbuka. tak ada lagi prasangka buruk.



banyak lagi perubahan yang aku nak lakukan. tapi aku rasa post kali ni aku hentikan kat sini.. nanti aku akan update blog ni. Bersambung..

0 comments:

Post a Comment