setiap orang pasti mempunyai kelemahan. begitu juga la dengan aku. aku mempunyai banyak kelemahan tetapi aku ada satu kelemahan yang sangat memalukan. suara ku seakan-akan suara perempuan, walaupun da akil baligh namun suara ku masi tak berubah.
banyak kisah yang melibatkan suara ku ini. yang pertama tentulah di sekolah. tak kiralah sekolah rendah atau menengah. ramai yang mengejek suara ku ini sehingga ramai yang mengelar aku pondan. siapa tak sedih, semata-mata kerana suara, aku di ejek. sudah tentulah di sekolah rendah ejekan itu tidak keterlaluan kerana hampir semua murid pun masih bersuara nyaring. namun ejekan itu bertambah sewaktu di sekolah menengah.
sewaktu aku tingkatan 1, aku masuk ke kelas muzik. sekolah aku ini mempunyai kelas muzik, seni dan arab. jadi, kami boleh pilih kelas pilihan masing-masing. aku sebenarnya pandai melukis, malah pernah menang sewaktu pertandingan melukis peringkat negeri. namun, disebabkan tiada kawan yang aku kenali(baru masuk sekolah menengah), aku mengikuti sahaja rakan-rakan dari sekolah rendah yang sama. ketika itu, hampir semua rakan-rakan rapat ku masuk ke kelas muzik.

aku tak suka muzik. aku tak pandai main alat muzik dan tak pandai menyanyi. tapi disebabkan kelas muzik dijalankan 2 atau 3 kali seminggu, aku mula berminat dalam bidang muzik terutamanya nyanyian. aku ada mengikuti kumpulan gamelan dan kumpulan koir sekolah. aku masih tidak pandai bermain alat muzik(sehingga la sekarang) tetapi aku dapat memainkan gamelan dengan cara menghafal. namun sewaktu latihan koir, suara ku tak keluar langsung. aku hanya miming(buka mulut, suara tak keluar). namun, banyak teknik yang aku pelajari sewaktu latihan tersebut. aku mempelajari dari guru muzik tersebut dan dari senior-senior yang mempunyai teknik yang baik. di sana la aku belajar bagaimana menyanyi dengan cara yang betul.
sekarang ini, suara ku masih mirip suara seorang perempuan. namun dengan teknik yang dipelajari, aku boleh menyanyi dengan mengubah suara(lelaki atau perempuan). malah teknik ku adalah jauh lebih baik dari kebanyakan pelajar AF. namun aku tidak berminat memperdagangkan suara ku kerana aku masih ingin belajar. takut nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. tahu-tahu la sekarang ni, artis keluar bagai cendawan tumbuh selepas hujan. popular sekejap jer, lepas tu mengganggur, tak ada kontrak. tetapi, jangan hairan kalau satu hari nanti aku akan mengikuti program realiti TV. hanya masa yang menentukan.
berbalik kepada caraku menukar kelemahan menjadi kelebihan. di sekolah, aku mengikuti banyak pertandingan menyanyi. aku pernah memenangi pertandingan menyanyi walaupun hanya di tempat ketiga. waktu itu, aku belum pandai mencari lagu yang mencabar vokal. lagipun yang menang tempat pertama dan kedua itu memang hebat. mereka la antara yang mengajar aku teknik menyanyi. jadi, aku hormat dorang.
orang yang mengejek aku semakin berkurangan. aku kadang-kadang suka bernyanyi di koridor atau susur-susur sewaktu di sekolah. malah, aku akan bernyanyi hampir setiap masa. nak tahu kenapa? aku nak orang yang mengejek aku mendengar suara ku ketika menyanyi. kerana sewaktu menyanyi aku dapat mengubah suara ku menjadi garau atau pun nyaring. itulah kelebihan ku. aku dapat nyanyi kedua-dua lagu lelaki serta perempuan.

aku memang meminati banyak artis namun artis pertama yang menjadi contoh pengawalan teknik suaraku yang pertama ialah Azharina Azhar. waktu ini aku di tingkatan 3. kesemua lagunya ku dengar dan ku ikut cara pembawaan lagu. sangat susah nak mengikuti teknik lenggok alunan suara Azharina. dia memang hebat. berbulan-bulan aku berlatih sehingga ahli keluargaku mengejek aku. namun aku endahkan. akhirnya, usaha ku membawa hasil. sehingga la sekarang lagu dengan teknik R&B aku boleh bawanya dengan mudah. tak kisahlah lagu Felix AF, Bob AF, dan Shaari AF yang susah dibawa orang tu, aku dapat nyanyinya sebaik penyanyi asal. bukan nak memuji tapi memang benar.
sekarang aku sedang belajar di kolej. kolej aku ni kecil jer.. tapi, setiap kali ada aktiviti, aku akan buat persembahan nyanyian. malah aku memenangi pertandingan nyanyian dan menjadi idol kolej aku tahun lepas. waktu mula-mula masuk tu, ada juga aku dengar orang mengumpat tentang suara ku, namun sekarang ini aku tak dengar seorang pun mengejek suara ku yang seolah-oleh perempuan(tapi sekarang ni da kurang cikit la, da belajar cara control macho, tapi kadang-kadang terkeluar juga). malah aku selalu mendengar orang memuji aku menyanyi. ramai yang menyuruhku mengikuti AF, namun aku tak berminat. aku da hampir keluar kolej dan akan menjadi ahli hospital tak lama lagi. buat apa aku melepaskan yang sedia ada semata-mata untuk populariti sementara(aku pasti aku dapat masuk dengan teknik nyanyian ku sekarang ini).
kini, ramai yang mengatakan mereka ingin memiliki suara seperti ku dan ingin aku memperlajari teknik nyanyian dariku. huh, dorang ingat senang nak belajar? orang yang lain tu ada suara sedap sebab Tuhan bagi dorang bakat tu. aku pula terpaksa berlatih bertahun-tahun semata-mata nak dapatkan bakat yang bukan semula jadi. bukan nak salahkan Tuhan, dia da terlalu baik kerana memberiku suara kerana ramai lagi orang yang bisu, langsung tak bole bercakap pun. jadi, aku tetap bersyukur.
oleh itu, sesiapa yang mempunyai kelemahan, jangan fikir kelemahan itu tidak dapat diatasi. kalau tak percaya, aku la contohnya..