Luah Masalah Kat Facebook

|
baru-baru ni, ramai kawan-kawan dekat kolej aku tu selalu mengadu kat Facebook tentang kehidupan asrama baru mereka yang malang, tak diperdulikan, dan banyak lagi masalah yang timbul. tak campur lagi masalah cinta.

aku ni bukan tak ada masalah. malah, kalau ikutkan hati, masalah aku jauh lagi banyak dan serius dari dorang yang suka mengadu nasib malang mereka ni. aku bagi nasihat pun dorang nak marah. hairan betul. post dekat Facebook tapi marah orang bagi komen. kalau tak nak orang komen. letaklah dalam private massage. tak payah bagi orang lain baca.

dulu pun aku macam begitu juga. masalah kecil pn diperbesarkan. suka gaduh-gaduh. tapi, sejak akhir-akhir ni aku cuba mematangkan diri. jangan kisahkan sangat tentang masalah kecil macam ni. aku cuba bersabar dan tenangkan diri untuk menghadapi masalah. keputusannya, aku merasa kehidupan ini lebih tenang dan aman.

kasihan betul member-member aku yang merasa kehidupan mereka tu banyak masalah. sampai hantar post kat Facebook setiap hari tentang kehidupan mereka tu yang malang. aku kadang-kadang terfikir, risau juga dorang ni bunuh diri sebab tension sangat. malang sangat sampai tak putus-putus masalah.

tapi macam mana aku nak kasihan dorang ni. kami semua tinggal di tempat yang sama, jadi sepatutnya masalah dorang tentang asrama yang seperti neraka tu aku pun sepatutnya rasa kn. tapi aku tak rasa macam tu pun. tak la macam neraka. asrama tu ok je aku rasa. bilik cantik, besar, tilam tebal, tandas dalam bilik.. cuba la bawa bersabar sikit. kalau dorang tukarkan perasaan negatif tu jadi positif kan baik.

tentang masalah cinta lagi. kalau post nak minta nasihat tu tak apa la kan. ni tak, hampir setiap hari mengaku ada masalah cinta. aku pun bagi juga nasihat sewaktu mula-mula dorang ni luah perasaan kat Facebook. lama juga la chatting, nak bagi nasihat. sampai dekat subuh. esoknya, aku pun cari la member ku ni. ya la, nak bagi support secara face to face la kan, baru nampak ikhlas sikit. tapi nak taw member aku ni pergi mana? pergi jumpa awek, dating. aku pun hairan la. yang putus tadi dengan siapa?

esok-esok dia post lagi masalah cinta dia tu. tapi yang hairan, dia pergi dating setiap hari. sejak hari tu aku tak percaya lagi. sekarang ni, dia masih post kat Facebook tentang masalah cinta dia tu. aku cuma ejek jer, permain kan dia. kadang-kadang aku harap juga biar putus betul-betul, tak payah sambung balik. baru padan muka.

nasib baik la aku ni tak suka bercinta. bukan tak pernah ada orang suka. ramai, cuma aku yang tak mahu. nak pendekkan cerita, aku ni ikut telunjuk emak. emak tak suruh, aku tak buat. ingat, syuga tu di telapak kaki ibu..

0 comments:

Post a Comment